
Sebenarnya dahulu saya tidak berapa peduli siapakah Datuk Maslan , Ketua Penerangan UMNO Malaysia sehingga saya terbaca satu surat terbuka dari laman MYKMU untuk Datuk Ahmad Maslan baca sini .Kenapa dia takut dengan Parpukari sehingga dia terpaksa menjawab tulisan Parpukari seperti menjawab tulisan PM. Tak apa saya diam lagi. Akhir akhir ini saya terbaca tulisan banyak bloggers yang kecil hati dengan Datuk Maslan kerana memanggil mereka goblog. baca ini Aduh..ini sudah kes nyanya ini. baca ini juga.Ketika Maulidul Rasul baru baru ini 20 ahli kami , bloggers
dibawah naungan kami telah memaklumkan kepada saya bahawa mereka ada menerima jemputan untuk mengikuti kursus siber di janda baik.
Sebaik saja saya baik saya terfikir untuk menghubungi Datuk Ahmad Maslan melalui Facebook kerana saya sudah jeran ke pejabat Penerangan apabila saya pernah menunggu Pegawai Khas Menteri ini selama 4 jam di pejabatnya sedangkan saya telah diberikan appointment.Lantas hati saya berkata , jika inilah cara pejabat penerangan UMNO Malaysia menjalankan tugas tidak salah lah jika UMNO masih di takuk yang lama.
Apa yang paling mengecewa telah berlaku di kursus peperangan siber UMNO yang di kendalikan oleh UMB dan penerangan ini adalah kegagalan pengerusi majlis mengawal majlis dan kegagalan penganjur mengenal pasti bloggers yang dipanggil untuk dijadikan ikon kepada lebih kurang empat ratus remaja. Apa yang berlaku di pentas UMNO ini seorang bloggers telah mengutuk pemimpin UMNO di gelanggang yang sepatutnya mereka dilatih berperang dengan pembangkang.
Tetapi di sini dan kesempatan ini seperti sudah teratur pemimpin UMNO ini menjadi mangsa kepada masalah peribadi bloggers berkenaan. Lantas saya menghantar pesanan melalui Face Book kepada datuk Maslan dan bertanyakan mengenai perkara ini dan inilah jawapan beliau. lalu saya menghantar lagi soalan susulan untuk mengetahui apakah tindakan beliau selanjutnya kepada bloger berkenaan kerana kami tahu Datuk Maslan sememangnya takut dengan bloggers ini. kami masih menunggu jawapan dari beliau.
Kami hairan kerana terlalu mudah Datuk Maslan menjawab bahawa penerangan tidak ada kontrol dan seandainya bloggers ini menghentam PM atau TPM dalam gelanggang UMNO dengan duit yang dikeluarkan oleh UMNO apakah jawapan yang sama akan diberikan oleh Datuk Maslan kelak. penerangan tidak boleh kawal , mustahil. Hebat jawapan ini datuk Maslan ini dan adalah lebih baik jika tidak boleh mengawal , berikanlah tanggung jawab ini kepada orang lain yang boleh mengawal. Jawapan datuk Ahmad Maslan tidak masuk akal dan kami ingin tahu apakah tindakan Datuk Ahmad Maslan terhada bloggers ini. Apakah akan dibiarkan saja begini dan terus meracun ahli UMNO dari dalam.











Macam macam cara bagi Anwar mahu menggangu kelicinan perbicaraan kini mahu melucut pula hakim yang mendengar kes ini. Entah apa lagi yang akan dilakukan oleh Anwar Ibrahim lagi untuk menggangu kes ini kelak ,




