Followers

Thursday, March 18, 2010

Kalau berani, sebut luar dewan !

Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar mengulangi dakwaan bahawa Konsep 1Malaysia adalah ciplak dari Israel, di luar dewan sekiranya beliau mempunyai bukti.“Saya mahu Ketua Pembangkang menarik balik kenyataan itu, memohon maaf kepada kerajaan Malaysia, ataupun kalau beliau masih degil dengan pendiriannya, ulangkan dakwaan itu di luar dewan supaya tindakan undang-undang dapat diambil sama ada oleh kerajaan atau APCO,” kata Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin pada sidang media di lobi parlimen, Khamis.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.Ketika membahaskan titah SPB Yang diPertuan Agong, pada Selasa, Anwar telah menuduh bahawa konsep 1Malaysia diciplak daripada konsep One-Israel,.APCO, sebuah syarikat perhubungan strategik antarabangsa, dalam kenyaatan akhbarnya pada Khamis, menegaskan idea 1Malaysia diilhamkan sepenuhnya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan syarikat itu tidak mempunyai sebarang peranan menghasilkan konsep itu.

Menurut kenyataan itu, konsep 1Malaysia diilhamkan oleh Perdana Menteri sebelum kerajaan Malaysia menyambung perkhidmatannya.APCO juga dalam kenyataan itu menafikan pernah terbabit dalam kempen perhubungan awal berkaitan konsep One-Israel dan menganggap kenyataan yang dibuat oleh Anwar dalam parlimen itu sebagai tidak benar.APCO juga menafikan ia telah mewakili kerajaan Israel atau Perdana Menteri negara itu, Ehud Barak seperti yang didakwa oleh Anwar.

Kenyataan APCO membuktikan Anwar telah melakukan pembohongan. Ini tuduhan serius yang telah dibuat ke atas kerajaan Malaysia dan juga syarikat APCO,” kata Khary.Ahmad Maslan juga mencabar Anwar supaya jangan menggunakan imuniti sebagai Ahli Parlimen untuk membuat kenyataan yang mengelirukan dan melakukan pembohongan besar kepada rakyat Malaysia dan kemudiannya mengambil sikap “lepas tangan.”

Dalam perkembangan lain Ahmad Maslan menafikan dakwaan Anwar bahawa keempat-empat ahli PKR yang sudah menjadi Ahli Parlimen sebagai tentera upahan BN. “Kita tak pernah upah Ahli Parlimen bebas atau sesiapa pun. Ini adalah satu pembohongan, Khairy menambah, tindakan Datuk Seri Zahrain Hashim, Tan Tee Beng dan Zulkifli Noordin meninggalkan PKR bukan dibuat secara terburu-buru.

Mereka buat keputusan setelah berbulan-bulan mengkritik kepimpinan sendiri serta memberi ruang kepada PKR untuk berjumpa dan menyelesaikan masalah. Tetapi apabila perkara itu tidak dapat diselesaikan , apa pilihan yang mereka ada?. Ini bukan pasal UMNO. Ini masalah PKR,” tambah Khairy. ~ agendadaily.com

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Utusan Online

nst online

Khairy Jamaluddin

Hiburan dan Gosip - OH BULAN

Hiburan dan berita panas artis

Kelab Penyokong Maya UMNO // KPMU.NET

The Scribe A Kadir Jasin

rocky's bru

KOLE AYAN

kamalfarsya

1 Malaysia

SAKMONGKOL AK47

PAPA GOMO