Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon diberi peluang untuk membela diri atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008. Kenapa sekarang baru mahu meminta untuk diberikan peluang setelah rakyat tahu apa yang dipinta dari Saiful . Kenapa tak tangguh saja perbicaraan selama yang mungkin kerana sebelum ini beliau sengaja mahu tangguhkan perbicaraan ini.Anwar berkata beliau berhak untuk berdepan dengan sistem mahkamah yang adil tanpa masyarakat membuat tuduhan melulu terhadapnya."Dalam kes ini sudah ada pertuduhan, jadi biarlah saya membela diri. kata Anwar. Anwar sudah macam sasau , sememangnya dalam perbicaraan tertuduh akan diberikan peluang membela diri. Tunggu lah giliran , kenapa tidak sabar. Apakah Anwar mahu alihan tumpuan rakyat lagi kali ini untuk meraih simpati.
"Biar saya diberi kebenaran untuk berdepan dengan sistem kehakiman mahkamah yang adil," katanya semasa ditemui wakil-wakil media selepas selesai prosiding hari kedua petang semalam. Sistem ini sudah terlalu adil sebenarnya . Berapa lama perbicaraan ini di tangguh, Sistem ini adil dan Anwar hanya tunggu giliran saja.
Mahkamah Tinggi semalam digemparkan dengan dakwaan Mohd. Saiful bahawa beliau diajak melakukan hubungan seks di luar tabii dengan ketua pembangkang itu.
3 comments: