Followers

Sunday, February 28, 2010

Datuk Ahmad Maslan berikan jawapan yang tidak masuk akal !!!!


Sebenarnya dahulu saya tidak berapa peduli siapakah Datuk Maslan , Ketua Penerangan UMNO Malaysia sehingga saya terbaca satu surat terbuka dari laman MYKMU untuk Datuk Ahmad Maslan baca sini .

Saya pada mulanya tidak juga merasakan ianya perlu diberikan perhatian sehinggalah saya terbaca pula sebuah tulisan dari Parpukari yang menulis tentang Datuk Maslan yang tidak hadir ke Parlimen dan lantas Datuk Maslan menjawab tulisan Parpukari melalui SMS. terbuka juga mata saya, Apa kena orang tua ini.

Kenapa dia takut dengan Parpukari sehingga dia terpaksa menjawab tulisan Parpukari seperti menjawab tulisan PM. Tak apa saya diam lagi. Akhir akhir ini saya terbaca tulisan banyak bloggers yang kecil hati dengan Datuk Maslan kerana memanggil mereka goblog. baca ini Aduh..ini sudah kes nyanya ini. baca ini juga.Ketika Maulidul Rasul baru baru ini 20 ahli kami , bloggers
dibawah naungan kami telah memaklumkan kepada saya bahawa mereka ada menerima jemputan untuk mengikuti kursus siber di janda baik.

Sebaik mereka selesai kursus mereka telah bertemu dengan saya di sebuah lokasi dan kami mendengar cerita cerita dari mereka dan mereka telah memberikan saya bukti yang tidak perlu saya nyatakan di sini untuk kegunaan saya sekiranya perlu. Sebenarnya mereka turun dari Janda Baik dengan perasaan kecewa dan saya berjanji akan cuba menghubungi Ketua Penerangan UMNO untuk bertanya bagi pehak mereka.

Sebaik saja saya baik saya terfikir untuk menghubungi Datuk Ahmad Maslan melalui Facebook kerana saya sudah jeran ke pejabat Penerangan apabila saya pernah menunggu Pegawai Khas Menteri ini selama 4 jam di pejabatnya sedangkan saya telah diberikan appointment.Lantas hati saya berkata , jika inilah cara pejabat penerangan UMNO Malaysia menjalankan tugas tidak salah lah jika UMNO masih di takuk yang lama.

Apa yang paling mengecewa telah berlaku di kursus peperangan siber UMNO yang di kendalikan oleh UMB dan penerangan ini adalah kegagalan pengerusi majlis mengawal majlis dan kegagalan penganjur mengenal pasti bloggers yang dipanggil untuk dijadikan ikon kepada lebih kurang empat ratus remaja. Apa yang berlaku di pentas UMNO ini seorang bloggers telah mengutuk pemimpin UMNO di gelanggang yang sepatutnya mereka dilatih berperang dengan pembangkang.

Tetapi di sini dan kesempatan ini seperti sudah teratur pemimpin UMNO ini menjadi mangsa kepada masalah peribadi bloggers berkenaan. Lantas saya menghantar pesanan melalui Face Book kepada datuk Maslan dan bertanyakan mengenai perkara ini dan inilah jawapan beliau. lalu saya menghantar lagi soalan susulan untuk mengetahui apakah tindakan beliau selanjutnya kepada bloger berkenaan kerana kami tahu Datuk Maslan sememangnya takut dengan bloggers ini. kami masih menunggu jawapan dari beliau.

Kami hairan kerana terlalu mudah Datuk Maslan menjawab bahawa penerangan tidak ada kontrol dan seandainya bloggers ini menghentam PM atau TPM dalam gelanggang UMNO dengan duit yang dikeluarkan oleh UMNO apakah jawapan yang sama akan diberikan oleh Datuk Maslan kelak. penerangan tidak boleh kawal , mustahil. Hebat jawapan ini datuk Maslan ini dan adalah lebih baik jika tidak boleh mengawal , berikanlah tanggung jawab ini kepada orang lain yang boleh mengawal. Jawapan datuk Ahmad Maslan tidak masuk akal dan kami ingin tahu apakah tindakan Datuk Ahmad Maslan terhada bloggers ini. Apakah akan dibiarkan saja begini dan terus meracun ahli UMNO dari dalam.

Penerangan gunakan duit umno utk hentam pemimpin UMNO dlm kursus siber war janda baik.


Ahmad Maslan March 1 at 12:40am
kita x dpt nak kawal apa yg xxxxxxx cakap.. itu hal dia.. silap dia.. style dia.. PENERANGAN XPERNAH arah sesiapa bantai mana2 pemimpin UMNO.. Mustahil..
Tepak Bersulam March 1 at 1:05am
Jadi apa tindakan penerangan. Terhadap xxxxx dan apakah ini jawapan terbaik penerangan UMNO yang tahu akan risiko mngundang xxxxxxx Sy yakin penerangan tahu perkara ini berlaku dan kekecewaan beberapa bloggers yg tidak suka bloggers menghentam pemimpin UMNO. Jika sekiranya nereka menghentam PM . Penerangan akan bagi jawapan yang sama tidak boleh mengawal apa yg dia cakap. Ini adalah satu alasan yg lemah m x mungkin penerangan tidak study back ground bloggers sblm menjemput mereka.




2 comments:

  1. saya rasa datuk failed lah dan apabial Datuk takut dengan bloggers membuat kami hilang hormat dg datuk. elok datuk berikan tugas datuk kpd org lain , kata lain resign ............
    ReplyDelete
  2. Datuk sebenarnya Datuk tahu ke apa yg datuk lakukan ini. Kdg 2 sy rasakan datuk tak tahu apa yg mahu datuk lakukan. datuk main tangkap muat saja.
    ReplyDelete

Recent Posts

Utusan Online

nst online

Khairy Jamaluddin

Hiburan dan Gosip - OH BULAN

Hiburan dan berita panas artis

Kelab Penyokong Maya UMNO // KPMU.NET

The Scribe A Kadir Jasin

rocky's bru

KOLE AYAN

kamalfarsya

1 Malaysia

SAKMONGKOL AK47

PAPA GOMO