Followers

Wednesday, February 3, 2010

Azalina kata - Amalan Rasuah semakin membimbangkan.

Salam Revolusi.


Pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, Malaysia boleh berbangga dengan kedudukan ditangga ke 25 didalam Ukuran Indeks Rasuah oleh Transparency International.


Tetapi sekarang, kedudukan Malaysia telah jatuh ditempat ke 57 dunia iaitu sebaris dengan Thailand, Vietnam dan juga Indonesia.


Ini menunjukkan bahawa amalan rasuah Malaysia bertambah teruk dan memalukan jika dilihat negara ini di atas kapasiti sebagai sebuah negara Islam.

Bukankah Islam itu sendiri menentang amalan rasuah didalam kebanyakan ayat Quran dan hadis rasulullah SAW.

Malangnya, negara-negara bukan Islam pula menduduki ranking yang lebih baik didalam Ukuran Indeks Rasuah ini. Mereka jauh mendahului negara-negara Islam. Apakah kurang kesedaran tentang hukum agama menjadi punca negara Islam dibelenggu masalah rasuah?


Saya merasakan, semua pihak harus memandang berat tentang amalan rasuah yang semakin berleluasa. Ajaran Islam meletakkan pemberi dan penerima rasuah tempatnya adalah didalam neraka. Apakah kita sebagai umat Islam mahukan neraka menjadi tempat persinggahan kekal selepas mati?


Revolusi menyeluruh perlu dilakukan bagi semua rakyat dan juga pemimpin didalam membenteras pengamalan rasuah dinegara ini. Itu yang saya nampak perlu dilakukan.


Apa yang menariknya ketika ini, pelbagai istilah digunapakai bagi menggantikan perkataan rasuah itu sendiri bagi menghalalkannya. Ada yang menggunakan istilah "hadiah", "saguhati", "sedekah" dan juga ada yang cuba mengaburi mata masyarakat dengan pemberian tajaan.


Namun, semua istilah-istilah tersebut adalah berkisarkan perkara yang sama iaitu rasuah. Tak kiralah sama ada pemberian sebiji kek pun jika ianyanya mempunyai kepentingan kepada si pemberi, ia tetap dikategorikan sebagai rasuah juga.


Saya ingin mengimbas kembali sejarah empayar Islam terdahulu. Semuanya runtuh akibat dari rasuah dan juga sikap terlampau mewah didalam kehidupan pemimpin-pemimpinnya.


Rakyat yang merasakan mereka tertindas akan bangkit memberontak terhadap kerajaan dan sekaligus melemahkan sistem pentadbiran. Ini sebenarnya masalah utama bagi setiap negara Islam.


Sewajarnya kita semua mencontohi keperibadian baginda Rasulullah SAW yang amat bersederhana didalam aspek. Secara tak langsung, ia akan menimbulkan rasa hormat kepada pemimpin dan juga menjamin kemakmuran didalam negara.


Semua pihak harus berani berubah didalam melakukan revolusi didalam usaha membenteras rasuah secara bersungguh-sungguh. Ini kerana, rasuah.., politik wang.., tajaan atau apa sekalipun istilah yang digunakan, ianya adalah merupakan barah didalam sesebuah negara.


Rasuah tidak dapat dihapuskan oleh undang-undang semata-mata. Rakyat harus diajar dan dididik untuk membenci rasuah. Pemimpin pula harus mempunyai minda yang kuat didalam menangani kemelut ini.


Jangan biarkan negara kita hancur hanya kerana penyakit yang kita sendiri cipta.
Dipetik dari blog Azalina.

Nota:
Dengar khabar Ketua Ketua cawangan akan dihantar bercuti ke Sabah setelah semua Ketua Wanita dan Puteri dari Pengerang dihantar ke Sarwak baru baru ini. Ini adalah hadiah kepada mereka , Rasuah juga boleh dipanggil sebagai hadiah kata Azalina dalam website nya. Dengar khabar M Long an AJK lain sednag membuat protes dan berkempen kerana tidak puas hati mereka AJK Bahagian tidak dipelawa. Sabar lah M Long. Azalina banyak duit lagi itu. Nanti dia bawalah , mungkin AJK lagi spesial. Orang Pengerang yang lain , jika mahu melancong percuma carilah jawatan dalam UMNO Pengerang.

9 comments:

  1. Hebat ,, Artikel ini saya petik dari Laman web azalina yang mana saya rasakan laman ini akan berkubur tidak lama lagi kerana dari apa yang saya baca dan nilai , laman web ini tidak sampai ke tahap penulisan Azalina sebenar dan dalam erti kata lain, laman web ini tidak di tulis oleh Azalina, Sungguh rendah kualiti penulisan nya jika di bandingkan dengan penulisan dan gaya penulisan Azalina , Adakah ini kualiti Azalina menulis, Bob jangan malukan Azalina dengan gaya tulisan yang sungguh rendah nilai pemikirannya, Azalina bercakap tentang rasuah m hebat ...... Huh..

    Azalina mahu membenteras Rasuah , Azalaina mahu didik rakyat untuk membenci rasuah , rasuah yang diakatakan mempunyai bermacam macam definasi "hadiah", "saguhati", "sedekah" .

    Kelakar.... aku mahu baca Azalian menulis pasal agama pula nanti. Tak faham , betul ke Azalina tulis ini ,,,huh huh..... kelakar.Cuba baca ini. ----> Saya ingin mengimbas kembali sejarah empayar Islam terdahulu. Semuanya runtuh akibat dari rasuah dan juga sikap terlampau mewah didalam kehidupan pemimpin-pemimpinnya.

    Sesaiapa yang membaca artikel ini ,vakap ngan Azalina tutup saja lah blog itu, buat malu saja .Aku rasa Azalina sendiri tidak pernah baca blog itu. Ha ha ha ha......
    Tepakbersulam/
    ReplyDelete
  2. Hairan juga aku Azalina cakap pasal rasuah , aku rasa dia nak sebut perkataah rasuah pun x berani. Agak agak lah . Alu rasa semua orang Pengerang sedang mendoakan dia agar tersingkir secepat mungkin dari Pengerang.
    ReplyDelete
  3. Setuju Datuk Seri , amalan rasuah sangat membimbangkan dengan ada nya menteri menteri mcm Datuk Seri yang telah merompak wang rakyat kerika dalam perkhidmatan dahulu, Sekarang Datuk nak cakap siapa yang rasuah, Berani kagh datuk bersumpah kekayaanh datuk miliki adalah hasil wang rasuah.
    ReplyDelete
  4. mata-mata gelapFeb 6, 2010 03:22 AM
    salam....
    peh berkata tentang rasuah nmpknyer ahli Parlimen aku....hahah...semua dusta belaka....mampus la ko Azalina kena laknat Allah....mcm2 ko kata...itu ini lah....sedangkan ko tue lg besar dosa ko...ko pk la sndr...ap salah ko....

    klu korang nak tau khamis yang lepas 4hb azalina ad uat perjumpaan ketua2 kg parlimen pengerang...dgo kata tak ramai yg pg..dr sumber yg boleh dipercayai, Azaina kata ketua-ketua kg tak ngan ketua-ketua umno caw....hahah..pandai sgt la ko berkata...Azalina yang sebenarnya yang punca dan "syaitan Besar" di Parliemn Pengerang. ko bg duit kat konco2 ko...utk jatuhkan YB Harun dan org2 nye...tu bukan rasuah ke namanyer???ke hadiah??oooppsss....hadiah kan sama ngan rasuah..yg punca nye adalah hati.....hehehe...

    wahai DS Azalina dan konco2 nyer....buat2 la bertaubat..ingat zaman kegemilangan korang semua dah nak hancur lebur n pupus....bersiap sedia semua....jgn nak pancing orng2 kg la....mereka juga leh lihat dan menilai....
    ReplyDelete
  5. mata-mata gelapFeb 9, 2010 04:45 AM
    salam.....

    Azalina ooo...Azalina..kembalilah ke pangkal jalan...kami dh bosan dengan tipu helah anda dan konco2nyer....buat2 la bertaubat...
    YB Nizam, YB Ayob, YB Ghazali...zaman kegemilangan dah tamat dan skang zaman kehancuran....buat2 bertaubat..ingat korang semua dah buat taik kat parlimen pengerang...org2 cni akan ingat smp bl2....
    ReplyDelete
  6. dia ni gila ke apa,sendiri buat sendiri nak bagi nasihat, otak tak fungsi ke, atau gila talak, azalina jumpa dsn banyak kali nak minta jawatan jadi duta luar negara, layak kah azalina ni, dah la lesbian, pastu makan rasuah sana sini, buat malu nama negara saja, baik jangan, hancur semuanya nanti, mesti orang luar ingat malaysia ni negara korup yang penuh dengan lesbian.
    ReplyDelete
  7. alar Azalina nak bikin gempak konon dengan artikel revolusi la, rasuah la. ini semua saje nak dapat alih pandangan supaya pm hantar dia jadi duta luar supaya tak kecoh dlm negara. ini tektik lama, dah basi. pm pun dah tahu akal azalina.
    ReplyDelete
  8. Tak payah lah nak tegak benang basah lagi udah lah tu... Kadang bila org sambut meriah kita jadi perasan ...ingat org suka tapi sebenarnya nak menjaya kan majlis saja. Bila mula bersuara kata kutok org2 ketawa bukan suka sebenarnya org ketawa kan kita yg berucap kerana tiada bezanya yang berucap dan yang kena kata dalam ucapan....
    Kadang bila tengok Azalina bersemangat diatas pentas Allah saja yang tahu isi hati nya... yg mana terpaksa tebal kan muka dan berpura pura dalam setiap langkah demi langkah menuju kelandasan yang mana dulu lurus tapi dah tak selurus dulu.
    Hidup dengan kemewahan duit rakyat 7 keturunan tak abis ...sebab tu tak yah kerja ... Nak berjuang nanti kena keluar duit pulak tak yah susah2 tunggu org2 panggil beri ceramah tak keluar duit.... Macam program Raja Lawak ... gitulah program ceramah Azalina...org politik dijadikan bahan lawak jenaka...nak bakar semangat bakar ajelah tak yah nak komen komen masalah rumahtangga sendiri.
    ReplyDelete
  9. Bila kita lantang bersuara org marah... Bila depa lantang depa tak tau org juga punya perasaan.
    Bila kita komen ,kata kita tak sokong, kata kita tak leh dipercayai lagi, kononnya lah, abis yang dia telah hilang kan kepercayaan rakyat terhadap pemimpin ,hanya kerana perbuatan dia abis semua nama pemimpin yang ada.
    ReplyDelete

Recent Posts

Utusan Online

nst online

Khairy Jamaluddin

Hiburan dan Gosip - OH BULAN

Hiburan dan berita panas artis

Kelab Penyokong Maya UMNO // KPMU.NET

The Scribe A Kadir Jasin

rocky's bru

KOLE AYAN

kamalfarsya

1 Malaysia

SAKMONGKOL AK47

PAPA GOMO