Followers

MENARIK YANG MESTI DI BACA

1) Kedudukan KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO tergugat sekarang dan KJ akan letak jawatan ini adalah kerana tekanan hebat dari Parpukari yang sudah sampai ke kemuncaknya -- SILA BACA

2) INILAH LAMAN BLOG YANG DIREKA CIPTA OLEH PARPUKARI UNTUK MENUDUH BLOGGERS PRO KJ BAGI MEMBURUKKAN IMEJ KJ - PARPUKARI VIRUS UMNO YANG PERLU DI DELETE SEGERA - SILA BACA

3) SEBUAH BLOG YANG TIDAK KURANG MENARIK JUGA - BLOGGERS REFORM SILA BACA

Sunday, February 7, 2010

Anwar cuba ganggu perjalanan perbicaraan

NONEMacam macam cara bagi Anwar mahu menggangu kelicinan perbicaraan kini mahu melucut pula hakim yang mendengar kes ini. Entah apa lagi yang akan dilakukan oleh Anwar Ibrahim lagi untuk menggangu kes ini kelak ,

Kenapa Anwar begitu takut sekali untuk mengharungi perbicaraan kali ini. Sepatutnya jika Anwar benar benar waras tidak mungkin Anwar akan menghadapi tuduhan bersama budak mentah seperti Saiful ini.

Sebagai seorang Ketua Pembangkang Anwar tidak sepatutnya di bicarakan dalam kes liwat. Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi tadi ditangguhkan ke jam 9.30 pagi esok.

Penangguhan ini bagi mendengar permohonan peguam utama, Karpal Singh yang memohon Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah dilucutkan daripada mendengar perbicaraan itu.

Pihak pembelaan dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan hakim Mohamad Zabidin kerana enggan mengenakan tindakan menghina mahkamah ke atas Utusan Malaysia pada perbicaraan kes itu.

Ia dikatakan berhubung dengan tajuk utama Utusan Malaysia yang menggunakan perkataan 'lagi' dalam laporannya tempoh hari yang menjadi pertikaian oleh pihak pembelaan.

Selain itu, sekeping gambar dengan penerangannya juga dijadikan bahan pertelagahan kedua-dua pihak.

Perbicaraan yang memasuki hari keempat hari ini sepatutnya bermula dengan pihak pembelaan menyoal balas Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dirinya diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pasukan peguam Anwar diketuai oleh Karpal dan dibantu oleh Param Cumaraswamy, CV Prabhakaran, SN Nair, Ram Karpal Singh Deo, Marisa Regina Fernando dan Mohd Razlan Jalaluddin.Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu lalu di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Perbicaraan itu berlangsung selepas 18 bulan, Anwar pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada Ogos 2008.

1 comments:

Walun said...

Kenapa lah kena layan kerenah Si Anwar Ibrahim ?

Post a Comment

Recent Posts

Utusan Online

nst online

Khairy Jamaluddin

Hiburan dan Gosip - OH BULAN

Hiburan dan berita panas artis

Malaysiakini

Kelab Penyokong Maya UMNO // KPMU.NET

The Scribe A Kadir Jasin

rocky's bru

JUDGE WENGER KHAIRY

NOBISHA

PROPAGANDA

kamalfarsya

1 Malaysia

SAKMONGKOL AK47