Followers

Thursday, February 4, 2010

Analisis - Kenapa Khairy Bah 1

Ada kala kita tertanya tanya mengapa dan kenapa jawatan Khairy sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sentiasa hangat dan tidak pernah surut dari kemelut yang sentiasa bergelora . Apakah hebatnya kedudukan sebagai Ketua Pemuda UMNO. sehingga ianya menjadi rebutan dan sehingga kini masih menjadi rebutan walaupun pertandingan sebenar telah tamat .

Khairy Jamaluddin berjaya menewaskan dua calon lagi yang dikata hebat ketika nama Khairy berjaya diaib kan oleh mereka yang tertentu yang mungkin terlibat secara langsung atau tidak dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Ketika itu Khairy juga hanya bergantung kepada kewibawaan diri nya sahaja dan bukan atas tiket menantu Perdana Menteri , Tun Abdullah bukan lagi sandaran bagi Khairy kerana ketika itu semua orang tahu Tun akan melepaskan jawatan.

Khairy terima dengan hati yang terbuka menerima krisis itu sebagai dugaan yang sengaja dipalitkan kepada beliau, Itu bukan garis penamat perjuangan nya walaupun krisis berkenaan boleh membuat beliau tersungkur dan tewas kepada lawan lain . Khairy didapati bersalah atas tuduhan rasuah secara tidak langsung. Dengan kesempatan ini , Tun Mahathir sememangnya sedang berkempen untuk Mukhriz ketika itu bagi memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO terus menerpa dan mengambil kesempatan ini untuk menjatuhkan imej Khairy Jamaluddin , Setiap hari dia mengulangi agar perwakilan tidak memilih perwakilan yang rasuah , kita tidak mahukan pemimpin yang rasuah.

Seperti yang kita ketahui Tun adalah mantan Perdana Menteri yang berpengaruh dan biasanya jika Tun yang begitu konsisten bercakap dan memburukkan seseorang maka padahnya amat buruk sekali. Khairy menerima kritikan Tun dan tuduhan yang dibuat oleh Tun dengan hati yang terbuka. Semua orang tahu Tun mahukan Mukhriz menang. Tun kena beritahu pemuda bahawa Khairy perlu ditolak kerana rasuah.

Yang mengundi adalah perwakilan yang berada di bawah, Mereka ini lah sebenarnya yang mengalami suasana pemilihan yang sebenar bukan Tun Mahathir , Mereka tahu siapa yang datang bawa duit , siapa yang beri duit. Bukan Tun Mahathir kerana Tun Mahathir tidak menerima wang berkenaan , lagi banyak Tun mengatakan Khairy rasuah lagi banyak perwakilan terbayang orang yang sebenar yang melakukan perkara yang sebenar. Khairy di sabit kan kesalahan semasa sebelum pemilihan. Jika benar ini yang diamalkan oleh Khairy tentu sekali perwakilan Pemuda menolak Khairy Jamaluddin. Kenapa Perwakilan terus menolak Mukhriz dan Mukhriz langsung tidak memberikan persaingan dan kenapa mereka juga menolak Khir Toyo. Hanya mereka sahaja yang tahu , Keputusan mereka perlu dihormati kerana mereka bijak dan tahu menilai yang baik dan yang buruk. Jangan salahkan mereka dan mengatakan mereka memilih pemimpin rasuah., Mereka sudah buat keputusan dan mereka tahu siapa yang rasuah dan siapa yang tidak .Mereka hakim sebenar tanpa prajudis.


Keputusan telah menunjukkan bahawa mereka ini menolak Mukhiz dan Khir Toyo. Noktah. Apa lagi yang mahu dipertikai kan . apa yang dipertikai kan bahawa keputusan itu dikira begitu lama, Ianya di kira begitu lama kerana yang kalah minta di kira kembali berulang kali kerana tidak percaya yang perwakilan menolak mereka sehingga langsung tidak memberikan persaingan.Wakil calon berada dalam bilik kiraan undi dan sepanjang proses pemilihan dan tidak ada cara penipuan atau penyelewengan akan berlaku. Kenapa begitu sukar untuk menerima hakikat bahawa pemuda sememangnya tidak mahu dan perwakilan telah menolak . Mengapa mahu dirompak dan di rogol keputusan yang telah dibuat oleh perwakilan.

Khairy Jamaluddin menang secara sah. dalam pertandingan yang sah. Kenapa tidak dipertikai kan keputusan Presiden timbalan Presiden , Ketua Puteri dan ketua wanita. semua pertandingan ini dijalankan dalam proses yang sama. Wanita menolak Rafidah dan memilih Shahrizat , Puteri milih Rosnah menolak Shahaniza, Kenapa mereka boleh menerima keputusan yang datang dari proses yang sama. Rasuah bukan alasan. Mereka memilih hairy setelah lembaga disiplin memutuskan Khairy bersalah dan mereka menafikan, Apa salah Khairy sehingga mereka mahu membenci Khairy ? Ada Khairy tarah bukit dan buat pembangunan , ada kah Khairy dapat syarikat minyak mengendali kan Petronas atau adakah Khairy melenyapkan wang rakyat berjuta juta ringgit punya rumah banglo yang merwah punya kereta yang banyak dan mahal mahal. Jangan lah dimainkan lagu basi ACM libra dan lain lain yang di mainkan oleh pembangkang sebelum ini. Jangan lah menabur fitnah bahawa Khary bersekongkol dengan Anwar Ibrahim dan lain lain. Jika ini benar sudah lama Khairy menyertai parti berkenaan. Inilah akibatnya jika mereka hanya mencari kesilapan Khairy sepanjang masa, Mereka pekak kan telinga mereka buta kan mata mereka sehingga mereka tidak nampak apa yang Kahiry lakukan dalam Pemuda malahan menuduh Khairy tidak menjalankan tugas dan tanggung jawab, Adakah Khairy bercuti lama di Hawaii atau di London mahupun di Paris ?

Apakah Khairy langsung tidak bersama Pemuda pada pilihan raya program program pemuda . Tidak membiarkan dan membenarkan Tun Faisal membesarkan rangkaian pengaruh nya dalam UMB. (Pemuda) atau tidak langsung mengadakan lawatan dan juga mesyuarat? Ini apa ? bukan kah kerja. Apa yang mereka mahu Khairy lakukan tubuh kan pasukan bersenjata dan gempur Hindraf gempur DAP PKR dan PAS, Ini bukan zaman Datuk Harun atau bukan zaman Syed Albar, Ini zaman ICT zaman teknologi dan komunikasi yang canggih dengan rakyat yang boleh berfikir dengan rasional. Rakyat sudah bijak berfikir. Percubaan blog blog yang mahu menjatuhkan Khairy Jamaluddin baru baru ini jelas bahawa ada niat jahat disabalik laporan yang dilakuakn yang berniat mahu membakar api pemberontakan dalam pemuda, Mujur naib Pemuda , Datuk Razali berjaya memberikan penjelasan yang sebenar. Seharusnya bila kita laihat acara laporan kita tahu bahawa niat mereka adalah mahukan Khairy disingkir kan dari kerusi Pemuda UMNO dan sememangnya Khairy bukan lah favourate blog ini. Apa apa pun kita menghormati apa saja pendirian dan perjuangan mereka dan itu hak mereka menulis , bersambung.

Siri 2 - Khairy patut cantas saja mereka yang belot dan biadab dalam Pergerakan Pemuda UMNO.

6 comments:

  1. Datang NazarethFeb 5, 2010 12:36 AM
    Sy kagum krn abg berani mengaskan stand abg, siapa yg abg sokong tanpa takut dan segan silu. Yg baik kita dokong yg jahat kita cantas. Peduli tidak bang . Apa mahu jadi dgn pemuda UMNO dan apa mahu jadu dgn UMNO yg tidak letih letih bercakaran , terus dedahkan sampai ke akar akat sekali sy dengar abg akan membuat pendedahan yg besar dalam nukilan kali ini.Kami menyokong
    ReplyDelete
  2. patutlaa...

    -zahimi-
    ReplyDelete
  3. Betul sdr Tepak , apa salahnya Khairy jadi Ketua pemuda UMNO. Pandangan tepak luas dan boleh membuat kita berfikir. TQ
    ReplyDelete
  4. Tahniah bang, suatu nukilan yang amat hebat. Jelas dan penuh dgn Fakta.
    ReplyDelete
  5. Tepat dan benar!!
    ReplyDelete

Recent Posts

Utusan Online

nst online

Khairy Jamaluddin

Hiburan dan Gosip - OH BULAN

Hiburan dan berita panas artis

Kelab Penyokong Maya UMNO // KPMU.NET

The Scribe A Kadir Jasin

rocky's bru

KOLE AYAN

kamalfarsya

1 Malaysia

SAKMONGKOL AK47

PAPA GOMO