Followers

Tuesday, December 8, 2009

Khairy Jamaluddin dilantik menteri ?

Ada yang bertanya kepada saya apakah benar Khairy Jamaluddin akan dilantik menjadi Timbalan Menteri. Saya tanya balik kepada mereka , kenapa tidak boleh? Jika Mukhriz Tun Mahahthir , Datuk Razali boleh dilantik sebagai Timbalan Menteri , kenapa Khairy tidak boleh ? Malahan beliau sepatutnya dilantik sebagai Menteri penuh. Jika Ketua Pemuda yang lalu adalah menteri penuh , kenapa tidak Khairy?

Bukan kah Khairy didapati bersalah oleh lembaga disiplin UMNO kerana rasuah? Tan Sri Isa juga bersalah . Ali Rustam juga bersalah tetapi masing masing ada ketegori kesalahan masing masing. Khairy dibenarkan bertanding. Apa guna benarkan dia bertanding dan kemudian mahu menghukum beliau. Lagi baik jangan benarkan dia bertanding jika mahu sekat terus kerjaya politik beliau. Ada juga yang SPRM siasat dan dilucutkan jawatan sebagai Menteri dalam kebinet tetapi akhirnya didapati tidak ada kes untuk di dakwa ???? Betul ke tak ada ???? Huh........ Tak apa yang ini kita cerita lain kali.

Kadangkala kita tidak memahami lembaga disiplin UMNO ini, lihat saja sehingga hari ini , hanya ciput saja yang dijadikan kambing hitam untuk memperlihatkan bahawa lembaga disiplin menjalankan tugas mereka pada setiap pertandingan . Yang lain semuanya senyap dan sepi terus , Tak kan lah hanya dua atau tiga kerat sahaja yang bersalah ??? sendiri mahu ingat lah kerana sendiri juga mengalami dan berada di bawah ketika pemilihan yang lalu.

Apa apa pun semua telah berlalu , yang di dapati bersih tetapi kapal dah jalan pun ada juga . Huh tertinggal kapal, sekarang ini tercari cari macam mana nak naik kapal lagi. Kapal sudah penuh dan tidak mungkin mereka yang selesa dalam kapal mahu bagikan tempat mereka. Lagi pun kalau ada yang terpaksa berikan laluan tentu ramai yang lain lagi mahu merasa tempat berkenaan , Mereka akan tentu berkata , yang sudah kenyang tuh , udah udah lah ....ketepilah.

UMNO Perlu pemimpin muda yang bijak .

UMNO amat memerlukan pemimpin muda yang bijak kerana ramai pemimpin UMNO yang sudah expired sepatutnya meninggalkan kabinet dan jika tidak meninggalkan kabinet perlu ditinggalkan . UMNO tidak mampu untuk menjadi sebuah parti yang lembik dan UMNO juga tidak perlu pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri dan leka mengaut harta untuk diri diri sendiri serta tidak bermoral .

UMNO juga tidak perlukan pemimpin yang sombong dan bongkak serta biadab. UMNO perlu pemimpin yang mesra rakyat yang mahu turun kepadang dan tidak sombong. Sebenarnya kita sedang mengisi kekosongan ini dengan mempunyai Timbalan menteri seperti Datuk Saifuddin , Datuk Razaleigh , Datuk Mukhriz , Datuk Rosnah dan mungkin UMNO juga boleh memandang dan memikirkan untuk menaikan beberapa orang pemimpin muda lagi yang difikirkan layak untuk menjadi pemimpin pelapis.

Apa juga kita tunggu perkembangan seterusnya , kemungkinan selepas MCA menyelesaikan kemelut dalaman mereka

14 comments:

  1. Apa salahnya, dia kan layak dan berdasarkan stautus sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Kalau Ketua Pemuda MCA ada jawatan, tak kan dia ni tak boleh kot
    ReplyDelete
  2. anak rusa naniDec 9, 2009 04:09 PM
    mmg dia layak , biarkan lah , knp nak dengko kpd org melayu juga.
    ReplyDelete
  3. pehh...power betullah apabila Ketua Pemuda Pengerang dan kuli bataknya membuat Demontrasi di Pengerang bagi membantah penggunaan jeti awam untuk transit kaki judi di kapal-kapal besar.

    klakar juga bila membaca dan melihat gelangat belangkas2 pemuda pengeranhg wat demontrasi..

    knapa....

    hanya taik judi sahaja layak bercakap mengenai judi..

    luuu pikirlah sendiri si amin kitul oi...
    ReplyDelete
  4. Mengenai demontrasi oleh Pemuda Pengerang yang diketuai Sdra Amin tempohhari...

    Saya lihat hanya beberapa AJK pemuda pengerang sahaja yang hadir selebihnya adalah budak2 hingusan bergaji RM1 untuk melolong menyalak dalam bantahan tersebut.

    wahai pemuda pengerang...buatlah program yang memberi impak kepada masyarakat terutamanya perpaduan di kalangan pemuda2 pengerang... bukannya membuat publisiti murahan.

    pemuda pengerang memang telah galamour krn satu malaya dah melihat berita tersebut di kaca tv... TETAPI... semua orang bukannya bodoh & bangang mcm yang sdg berdemontrasi tu kerana semua orang tau itu hanyalah retorik KP utk tujuan populariti.

    Saya terdengar cerita... Ketua Pemuda Pengerang sedang bermimpi sambil berdengkur2 (sbb perut buncit)sbg Calon Alternatif Ahli Parlimen Pengerang menggantikan Ajalina.

    Tahniah dan Syabas kerana telah mempunyai calon Ahli Parlimen baru
    ReplyDelete
  5. Itu lah hebat nya pemuda pengarang... bila diperlukan berjuang mana entah hilang nya, batang hidup pun tak nampak bukan dia jaga rumahtangga dia.Yang disibukkan
    dok pi ekor rumahtangga orang yang tak perlu dijaga. Macam mana nak jadi pemimpin macam ni ... Tengok KJ Walau pun kesibukan melampau dia tetap pelihara kawasan , dan tak diabaikan kebajikan anak anak muda kampong. Amin pi belajar dulu baru simpan angan angan jadi Wakil Rakyat Boleh ? Tak mahu lah pisang berbuah dua kali !!!
    ReplyDelete
  6. Fighter said...

    ahli parlimen pengerang nampaknya orang baru...orang baru daripada luar parlimen pengerang... takde ke orang pengerang boleh jadik ahli parlimen?
    ReplyDelete
  7. Terima Kasih atas segala comments samaada berbentuk pandangan, kritikan, andaian atau tuduhan... email kepada pemudaumno_pengerang@yahoo.com untuk mendapatkan sebarang ulasan rasmi...
    ReplyDelete
  8. Hebat artikel pasal lain, komen pasal lain , kemaruk dah org pengerang ni. Kelam kabut dah ke...... Eloklah tuh, tapi tak yah lah tuduh teruk sangat sampai tuduh amin kaki judi. Kami kenal amin tuh , kami tahu amin bukan kaki judi kalau setakat main dengan anak anak buah untuk buang masa itu bukan lah nama kaki judi. Kaki judi ni dah lama kaya atau bankrup.
    ReplyDelete
  9. Hajah Halimah bte EndonDec 11, 2009 01:54 AM
    Ni siapa yang nak tangguk rasuah ke Sarawak 18 hb ini.nak juga aku tahu siapa dia yang sembahyang tapi makan rasuah. entahlah tapi bagi aku kalau orang bayar tambang , makan , minum , penginapan , dan bagi wang saku kerana mahu kita undi dia esok atau kerana kita pernah mengundi dia itu rasuah, tak tahulah kalau dipanggil sedekah. Dosa besar kalau makan rasuah ni. Tak tahu lah cuba report kat SPRM tenguk ini rasuah ke atau tidak , kalau tidak tidak lah, kalau ia jawab lah. Tentu ada orang yang akan report. Tapi x akan org nak bagi pergi buta aja. tentu ada udang di sebalik mee. Nik Aziz pu tolak perjalanan ke Mekah kerana di katakan sebagai rasuah. Lu Fikirrrrr lah sendiri.
    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,

    Sila dapatkan penjelasan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang mengenai Sidang Akhbar & Memorandum Salahguna Kompleks Terminal Feri Penumpang dan Marina Awam Tanjung Pengelih di blog pemudaumnopengerang.blogspot.com...

    Juga beberapa penjelasan berkaitan komentar-komentar yang diberikan didalam blog www.tepakbersulam.com mengenai isu diatas.

    Sila tinggalkan komen anda atau emailkan terus ke pemudaumno_pengerang@yahoo.com

    Terima Kasih.
    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.
    ReplyDelete
  12. Apapun yg dikatakan oleh semua orng, kalau dh ditakdirkan dia menjadi Menteri atau pun tim. menteri apa pulak nak pertikaikan. dah memang rezeki dia. Lagipun memang dia layak, jgn lah dengki sangat kat dia tu..
    Saya rasa bangga kalau anak muda melayu kita jadi menteri...
    KJ!! sabar jer... peduli apa orng nk kata
    ReplyDelete
  13. Wahai Pemuda Pengerang...

    Apabila Ketua Pemuda yang anda semua pilih secara demokrasi pada pemilihan yang lepas membuat demontasi atau apa pun rancangan, sepatutnya anda semua sokong. Kerana itulah Ketua anda semua. Perkara yang dia bantah bukan pun bercanggah dari Islam, malahan berdasarkan lunas lunas Islam. Kenapa nak di kutuk peribadi beliau apabila beliau memperjuangkan sesuatu yang betul.

    Macamnana UMNO nak menjadi kuat, apabila perkara yang betul pun di kutuk juga. Kalau betul KP anda semua tak betul, kenapa takde yang nak bertanding tempohari, kalau ada pun niat nak bertanding, tapi takde penyokong.

    Munkin orang yang mengutuk KP Pengerang ni adalah penyokong Anwat Ibrahin yang serba maksum tu. Sebab jarang orang UMNO mengutuk perkara yang betul.

    Sekiranya KP anda semua nak menjadi calon pun, di mana salahnya. Anak tempatan, orang muda yang berniat nak menabur bakti di tempat sendiri. KP Pengerang menunjuk kan sifat pemimpin yang baik yang patut anda semua sokong. Hairan juga kenapa segelintir yang kecil ini masih mahu lagi orang luar yang tak mengenali saudara saudari semua untuk di jadikan pemimpin di sana. Tidak kah sepanjang 5-6 tahun yang lepas menjadi pengajaran untuk kita imbas dan belajar dari kesilapan. Saya tak mahu kata lebih kerana pentas tepak bersulam sudah cukup untuk semua menilai. Saya rasa ramai lagi yang mempunya niat yang sama untuk menjadi MP di sana, adakah salah mereka ini semua? Lainlah KP anda semua memyimpan niat untuk menjadi Mat Rempit, munkin itu patut di kritik.Sekiranya KP anda semua menjadi MP, alangkah bertuah dan berbangganye Pemuda Pengerang dan seluruh warga Pengerang apabila pemimpin mereka di beri pengiktirafan oleh pucuk kepimpinan diatas. Bermakna selama ini seluruh Pemuda Pengerang memilih calon yang tepat sebagaimana yang di mahukan oleh pucuk pimpinan.

    Sekiranya menentang perjudaian menjadi salah, jadi apakah sepatut agenda yang mahu di ketengah kan lagi. Apabila Pemuda Pengerang menunjukkan taring perjuangan, ada yang takut. Munking kita patut kaji kenapa ada yang melatah. Munkin kah mereka ini marah apabila tempat permainan mereka di kacau? Atau pun mereka menjual harga diri sebagi Melayu untuk di jadikan sebagai anjing salakan untuk kaum lain.

    Bersatulah Pemuda Pengerang di bawah Ketua yang anda semua pilh. Perjuangan Pemuda masih jauh lagi, jangan kita menjadi kaum yang sentiasa dengki melihat orang yang ingin membawa kebaikan kepada semua. Tiada siapa yang maksum melainkan junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. dan KP anda semua tak berkecuali. Sekira nya ada kesilapan, buat lah teguran yang membina demi kebaikan parti UMNO yang kita sayangi. Dan buatlah di platform yang betul.

    Kepada KP Pengerang, teruskan perjuangan anda. Kepercayaan dan amanah yang anda pegang itu memang berat. Akan ada manusia yang dengki dan iri hati, itu lumrah politik, tapi jangan lupa amanah yang di berikan oleh majoriti Pemuda Pengerang kepada anda. Serangan peribadi adalah lumrah politik UMNO, tapi yang paling penting anda teruskan perjuangan. "Action speaks louder than words". Ramai yang memmerhati gerak geri anda, kerana anda memilih untuk menjadi Ketua, jadi jalankan tugas anda tanpa takut. BERANI KERANA BENAR.

    Yang Iklas
    Permerhati dari Jauh(PP).
    ReplyDelete
  14. betul tu ...sya setuju apa yg di katakan PEMERHATI DR JAUH.
    ReplyDelete

Recent Posts

Utusan Online

nst online

Khairy Jamaluddin

Hiburan dan Gosip - OH BULAN

Hiburan dan berita panas artis

Kelab Penyokong Maya UMNO // KPMU.NET

The Scribe A Kadir Jasin

rocky's bru

KOLE AYAN

kamalfarsya

1 Malaysia

SAKMONGKOL AK47

PAPA GOMO